Panduan Meletakkan Harga Untuk Kek & Biskut yang ingin di jual
Sumber Info : Google
Seronok sebenarnya bila tengok orang melayu berniaga..pada kawan-kawan yang baru nak memulakan perniaggaan kecil-kecilan, disini SD ingin berkongsi panduan untuk meletakan harga pada hasil kerja kita..tambahan raya dah tak lama lagi..pasti ramai yang tengah sibuk nak cari resepi-resepi yang best the best untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan..jadi panduan ini mungkin boleh membantu .. ; -)
Seronok sebenarnya bila tengok orang melayu berniaga..pada kawan-kawan yang baru nak memulakan perniaggaan kecil-kecilan, disini SD ingin berkongsi panduan untuk meletakan harga pada hasil kerja kita..tambahan raya dah tak lama lagi..pasti ramai yang tengah sibuk nak cari resepi-resepi yang best the best untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan..jadi panduan ini mungkin boleh membantu .. ; -)
SEBELUM MELETAK HARGA
1. Sebelum meletak harga survey market, dari segi harga barang (kena ambil titik berat jika pada musim perayaan tentu harga seperti mentega, kekacang akan naik sedikit).
1. Sebelum meletak harga survey market, dari segi harga barang (kena ambil titik berat jika pada musim perayaan tentu harga seperti mentega, kekacang akan naik sedikit).
2. Tingkatkan daya creativiti anda lihat cara orang lain menghias kek atau cara mereka pek kek/kuih/biskut mereka dan ambil ikhtibar untuk memajukan apa yang anda lakukan.
3. Tanyalah kawan-kawan yang sudah ada pengalaman bila anda rasa curiga berapa harga yang harus anda letak pada kek/kuih/biskut yang telah dihasilkan.
*** Jangan sesekali turunkan harga sehingga menjunam hanya semata ingin menarik pelanggan. Ada mungkin akan ada masalah dihari muka sekiranya, ada pelanggan baru yang datang untuk membeli dan mengatakan "Hari itu Cik A ada beli harga RM8 tapi kenapa dah jadi RM12?" Pelanggan bila merasa kek itu sedap dan bila mereka bertanyakan harga dan harga itulah yang mereka harapkan akan dapat membelinya.
FORMULA UNTUK MELETAK HARGA KEK/KUIH/BISKUT
1. Untuk sesuatu resipi yang digunakan, listkan semua bahan-bahan yang digunakan untuk membuat resipi tersebut. Sebagai contoh SD lampirkan list yang telah digunakan untuk resipi Carrot Cake.2 adunan resipi ini menghasilkan 8 loyang bulat.
Harga barang yang diperlukan
Karot 2 btg = RM1.00
Walnut 150gm = RM5.50
Tepung 1/2 kg = RM1.00
minyak 3 cawan = RM1.80
gula perang 600gm = RM2.00
cream cheese Phildlp 250g = RM6.50
butter 250g = RM2.50
gula pasir = RM0.70
Bekas tu 1.00 x 8 = RM8.00
Bunga kertas = RM1.00
Letrik & Upah = RM5.00
JUMLAH KESELURUHAN RM35.00
2. Bila sudah mendapatkan Jumlah Keseluruhan gunakan ratio 1.3 - 1.8, terpulang pada anda berapa banyak untung yang anda mahukan. Sebagai contoh Carrot Cake ini SD menggunakan 1.3.
Formula
RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) x 1.3 (Ratio) = RM45.50 (Hasil Untung yang Diambil)
RM45.50 (Hasil Untung) + RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) = RM80.50
Jadi bila dapat menghasilkan 8 loyang bulat = RM80.50 dibahagikan 8 = RM10 (+-)
So harga yang dapat anda tetapkan untuk 1 loyang bulat Carrot Cake berserta Cream Cheese Frosting dan juga hiasan bunga kertas diatasnya adalah = RM10
Ratio yang SD berikan dari 1.3 - 1.8 adalah sesuai untuk kita tidak mengambil untung yang terlalu berlebihan. Tetapi sekiranya pada musim perayaan harga barang yang digunakan naik melambung anda boleh revise ratio kepada 2.0 - 2.2. Jangan terlalu letak harga yang terlalu tinggi untuk kek/kuih/biskut anda memadai dengan dapat untung sedikit dan buat dengan hati yang ikhlas dan dengan tujuan ingin berniaga insyallah, rezeki dari Allah swt akan dapat pada semua.
MARKETING STRATEGY YANG DAPAT ANDA LAKUKAN UNTUK PROMOTE KEK/KUIH/BISKUT YANG DIHASILKAN
1. Bila menghasilkan Kek/Kuih/Biskut untuk pertama kali, boleh gunakan cara berikan Harga Promosi tapi berikan juga haribulan Harga Promosi itu diadakan. Macam kita shopping kat mall tu. Haaa dan juga bersedia untuk segala pertanyaan, misalnya jika Harga Promosi = RM7.50 dan Harga Jualan Biasa = RM10 katakan promosi ini adalah untuk mendapat feedback dari kawan-kawan sedap tak kuih yang dihasilkan dan ada apa-apa yang dapat anda tingkatkan sebelum anda meletak harga RM10 untuk kuih ini.
2. Print Nama. Alamat, Contact Nama di kertas buat cam ni haaa :-
Jika anda ingin order sila hubungi:-
Saudari ABCXYZ
Tel: 123456789 / 987654321
Buat lawa-lawa sikit pakai kertas warna kuning ke, biru ke font kasi lawa tebal sikit senang kalau makcik-makcik dah tua tengok number anda kalau nak order buat sikit design supaya lebih menonjol. Insyallah, jika kawan anda katakan kek sedap. Haaa inilah masanya mereka akan cakap kat kotak tu tadi ada no telefon orang ni haa boleh order.
3. Tak tahu nak promosi kepada siapa?? Kalau ada bekerja, buat sample kuih pass around di ofis dan katakan anda dah bersedia untuk membuat kuih ini, jika ingin order berikan detail seperti size loyang yang disediakan, berapa tinggi kuih dan harga kuih berkenaan. Kalau ada camera snap gambar tersebut dan tunjukkan kepada prospective pelanggan.
4. Kalau anda tidak bekerja, berikan sample pada jiran-jiran untuk merasa.
5. Buatlah kuih/kek/biskut yang sedap dari segi rasa, menarik dari segi presentation dan kekalkan standard cara anda menghasilkan kuih tersebut atau kalau boleh naikkan standard dari segala aspek. Pelanggan kalau dah rasa sekali sedap, mereka inginkan rasa yang sama lagi.
Sedikit nasihat, jika pelanggan cakap ehhh sedap kek yang you buat ini, boleh tak saya minta resipinya. Berikanlah resipi tersebut lagipun resipi itu dikongsi di Cari.com & Resipi.Net ini dengan ikhlas dari semua.
Mesti kita semua pernah terasa dulu bagaimana hampanya kita jika hendak sesuatu resipi tapi tidak dapat. Begitu juga dengan mereka. Mana tahu bila anda memberi resipi tersebut, mereka sungguh berterima kasih dan mendoakan semoga perniagaan anda lagi bertambah. Kita tidak tahu tapi Allah maha mengetahui.
No comments:
Post a Comment