Tips untuk membuat roti yang sedap

Tips untuk membuat roti yang sedap

Salah satu cara ialah selalu gunakan cecair yang suam panas bila hendak mengguli roti, dan biarkan adunan roti naik sebaik-baiknya di tempat yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Adunan roti yang memakan masa untuk naik mempunyai rasa yang sedap dan doh tidak dipenuhi dengan rongga-rongga udara”air bubbles”. Doh yang memakan masa untuk naik juga lebih tahan lama berbanding doh yang naik dengan cepat. Doh boleh diletakkan dibekas besar sebaik-baiknya bekas kaca. Sapukan sedikit mentega pada bekas kaca dan biarkan doh naik pada suhu bilik. Tutup bekas doh dengan tuala atau plastik supaya doh tidak kering. Bila doh sudah naik terbalikkan supaya boleh disapu dengan mentega.

Selalunya adunan doh roti memakan masa 1 -2 jam untuk naik dua kali ganda dari rupa asalnya. Adunan doh menggunakan tepung wheat dan wholegrain memakan masa lebih lama untuk naik berbanding dengan doh yang menggunakan tepung biasa. Dough yang mengandungi buah-buahan dan kandugan lemak juga memakan masa lebih lama untuk naik. Selalunya saya lebih suka memerapkan doh saya semalaman dalam peti sejuk ini untuk perlahankan doh supaya naik terlalu cepat. Doh roti yang naik terlalu cepat selalunya rasanya kurang enak dan kadang kala masam.

Yeast

Membakar roti menggunakan yeast harus disukat dengan betul. Yeast memerlukan gula untuk aktif, tetapi terlalu banyak gula boleh perlahankan bahan aktif atau terus terhenti. Doh yeast selalu mengandungi gula, yang memberi warna dan rasa kepada roti tersebut. Garam juga selalu digunakan untuk tujuan yang sama tapi mempunyai fungsi memperlahankan doh bila diperap untuk naik supaya doh tidak terlalu kasar dan mempunyai banyak rongga-rongga udara.

Roti yang pucat dan tidak berwarna kekuningan mungkin dibakar pada suhu yang rendah atapun tidak mengandungi garam sewaktu mengadun doh.Yeast akan musnah pada suhu 46 darjah C dan akan mati pada suhu 63 darjah C.

Teknik Mengguli

Gunakan tangan anda untuk mengguli roti. Gunakan ruang yang luas, uli doh dengan melipat doh yang jauh kepada anda. Tolak doh menggunakan hujung telapak tangan anda. Pusing doh 1/4 dan uli sehingga betul-betul halus dan licin. Selalunya mengguli boleh memakan masa 10 minit. Kalau doh roti kaku bermakna anda letak terlalu banyak tepung. Inilah kesalahan yang selalu kita buat.

Bila membakar roti, pastikan luar roti masak dan kekuning-kuningan dan dalam roti lembab dan lembut.

No comments:

Post a Comment