Tepung gandum tulen (wholemeal flour) - Ia mengandungi serat gandum yg tidak
hancur. Ia tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).c)
Tepung apakah yang paling sesuai digunakan dan perlukah tepung itu digoreng atau dijemur terlebih dahulu?
Jika anda membeli tepung itu dari pasaraya/kedai di mana barangannya sering
dibeli, anda tidak perlu risau kerana pasti saja tepung itu “fresh” dan tidak “out of date”.
PERIHAL ROTI
Puan, saya ingin bertanyakan tentang roti. Kenapa roti yang baru selesai saya buat itu lembut, tetapi kalau ditaruh beberapa jam kemudian menjadi keras. Apa harus ditaruh pelembut? Dan jika saya makan roti yang dijual tidak keras?
Adunan roti mesti ditambah pelembut roti (bread softener) dan bread improver.
Secara amnya, untuk adunan 500 g tepung, gunakan 5 g pelembut roti dan 5 g bread improver.
Teknik menguli roti mestilah tepat dan gunakan 400 g tepung tinggi protin/tepung roti dengan 100 g tepung superfine/red rose/gandum. Seelok-eloknya gunakan mesin planetary yg boleh menguli hingga adunan menjadi anjal (elastic), baru ditutup dan dibiar kembang di tempat hangat menjadi dua kali ganda sebelum diuli sekali lagi ke saiz asal dan dibentuk (bulat dll). Kemudian tutup dan biar kembang sekali lagi sebelum dibakar pada suhu 200 C selama 15-20 minit bergantung kepada saiz roti. Jika roti putih yg dibuat sandwich, mengambil masa 45 minit.
Roti yg dibuat di kilang selalu lembut sepanjang masa kerana ia mempunyai mesin penguli berkuasa tinggi dan dibiar kembang di dalam tempat khas dan dibakar terus.
Membuat roti perlu bersabar dan sering mencuba. Jika teknik menguli dan resepi tepat, anda tiada masalah untuk mendapatkan roti yang lembut selalu.
S
Assalamualaikum puan. Saya mempelajari asas membuat roti melalui saudara saya. Menurutnya bancuhan doh yang saya pelajari boleh digunakan untuk membuat bun dan doh pizza. Walau bagaimanapun roti yang berjaya saya hasilkan agak tawar tidak seperti roti bun di kedai. Adakah saya perlu menambah sukatan gula kerana menurut buku Alaf 21 yang saya baca, gula dan lemak yang berlebihan akanmenyebabkan roti kurang kembang.
J
Kandungan gula dan lemak tidak akan menyebabkan roti kurang kembang. Faktor ia kurang kembang adalah kerana yis tidak mencukupi atau tidak aktif.
Jika anda turut memasukkan bread improver dan softener, roti masih kembang dan lembut. Pastikan anda tidak memasukkan yis dan garam sekaligus kerana bila ia tersentuh, yis menjadi tidak aktif.
S
Adakah roti yang biasa terdapat di kedai hanya menyapu gula di permukaan doh yang menyebabkan ianya manis. Saya juga ingin mengetahui beza membuat roti menggunakan marjerin dan shortening (minyak sayuran).
J
Roti menggunakan lemak sayuran kurang rasa masinnya jika dibandingkan dengan roti menggunakan marjerin. Selain itu, lemak sayuran, marjerin atau mentega memberikan rasa lemak kepada roti. Namun anda perlu lengserkan tin pembakar (terutama bila membuat lof) dengan lemak sayuran supaya cantik warna kecoklatannya setelah dibakar. Mentega tidak boleh digunakan kerana ia menyebabkan kulit roti mudah hangus.
S
Saya nak bertanya tentang perbezaan dough softener/bread improver/sortening.
Apa fungsi mereka dalam pembuatan roti? Terima kasih.
Dough softener melembutkan adunan roti dan membuatkan ia rasa seperti roti yang diperbuat di kedai/kilang.
J
Bread improver memendekkan masa untuk doh mengembang sempurna, jadi anda tidak perlu menunggu lama dalam proses “proofing” atau membiar reaksi yis mengembangkan gluten di dalam adunan roti.
J
Shortening (lemak sayuran) pula memberikan rasa lemak kepada roti atau meningkatkan “fat content”nya supaya roti berasa lebih sedap.
Tepung paling halus ialah superfine flour (dlm kotak) tapi boleh diganti dengan tepung gandum/tepung serbaguna.
S
Bagaimana hendak mempercepatkan proses supaya adunan roti naik dengan cepat..
J
Adunan roti akan naik dengan mudah jika ditutup dengan plastik dan dibiarkan di tempat yg panas. Contohnya, di dalam kereta yg diletak di bawah terik mentari.
Adunan roti yg mempunyai bread improver akan naik lebih cepat drpd yg tiada.
Buat pengetahuan anda, tiada resipi roti ‘yang mudah’ kerana setiap adunan perlu diuli dengan teknik yg betul barulah ia mudah naik. Seperkara lagi, gunakan tepung roti kerana kandungan glutennya memudahkan adunan roti kembang.
Tepung berserbuk penaik - tepung naik sendiri (dlm kotak atau plastik)
Pelembut roti - bread softener (beli di kedai peralatan bakeri)
Tepung berprotein tinggi - tepung roti (dlm kotak, di pasaraya)
Ibu roti segera - jenis mauripan, dlm paket atau dlm botol kecil (kedai peralatan
bakeri), dikenali sebagai instant yeast
Susu tepung tanpa lemak - susu tepung skim atau ganti dgn susu tepung biasa
Mentega kurang lemak - ganti dengan butter atau marjerin
Tepung roti -bread flour atau tepung berprotin tinggi (high protein flour). Boleh dibeli di dalam kotak (pasar raya besar) atau bungkusan plastik (kedai barangan bakeri). Kandungan glutennya tinggi dan mudah menganjal bila diadun dengan yis.
Ibu roti atau yis adalah sama.
Ibu roti adalah ‘nama lama’ atau nama dalam bahasa melayu. Yis (yeast)ada di dalam 2 jenis - yis segera (dalam paket) dan jenis basah/segar (selalu diletak di tempat dinginbeku/frozen).
Jumlah yis segera/kering selalunya digunakan separuh dari jumlah yis basah.
Bererti, jika 20 gm yis segar diperlukan, boleh diganti dengan 10 gm yis segera.
Cara menggunakannya juga berbeza kerana yis segera boleh dicampur terus ke dalam tepung manakala yis segar perlu di’naikkan’ dulu dengan mencampur bersama air suam bergula.
S
Bagaimana dengan ibu roti? Jenama atau jenis yang mana paling sesuai?
J
Gunakan compressed yeast (frozen) yg dibiar berbuih dalam campuran air hangat dan gula sebelum disatukan dengan bahan lain. Jika jenis ‘granules’ atau berbiji, pastikan ia baru dan aktif. Yis kering jika disimpan lama akan ‘mati’ dan tidak dapat mengembang-kan doh. Jenis yis kering yg paling popular adalah ‘Mauripan’.
S
Jika menggunakan instant yeast, berapa banyak yang perlu digunakan?
J
Sebanyak 11 gm yis segera dan tidak perlu langkah 1. Hanya terus masukkan ke dalam tepung dan uli macam biasa tetapi jangan sesekali yis tersentuh dengan garam kerana ia menjadi tidak aktif. Gaul tepung + garam dan semua bahan lain, baru campurkan yis (sebelum memasukkan air).
Yis yg berlebihan akan membuat doh terlalu kembang kemudian kempis semula (bentuknya tidak dapat bertahan) kerana sukatan yis tidak setimpal/sepadan dengan gluten di dalam tepung. Pastikan anda tidak memasukkan yis dan garam bersama kerana yis akan “mati” disebabkan oleh garam tadi.
APAKAH FUNGSI TUALA LEMBAB?
Fungsi tuala lembab untuk menutup doh roti/pau dan lain-lain. Kenapa tidak digunakan penutup biasa saja?
Tuala lembab lebih efektif mengelakkan suhu di dalam mangkuk berisi doh dari berubah dengan ketara. Ertinya, jika doh sedang mengembang, ia akan kekal mengembang tanpa gangguan perubahan suhu. Ini akan menjamin doh naik sekata dan mewujudkan gelembung udara yg diperlukan di dalam doh untuk membuat roti, pau dll (doh menggunakan yis). Tuala lembab juga menghalang dari pembentukan “kulit” pada permukaan doh.
No comments:
Post a Comment